Tuesday, February 24, 2009

TIRAMISU..again

BAHAN-BAHAN :

Sponge kek

4 biji telur
115 g gula kastor
100 g tepung gandum
15 g tepung jagung
25 g butter di cairkan

CARA-CARA :

1. Pukul telur dan gula smpai kembang sehingga bila diangkat whisk, adunan tak jatuh
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak berselang dengan butter yang telah di cairkan.
3. Bakar selama 20-25 mnit pada suhu 180 C
@
beli je sponge cake kat kedai..

Cream filling

Serbuk koko secukupnya ( dlm 2 sudu besar)
Coklat masakan yang diparut secukupnya untuk hiasan
350 ml bancuhan nescafe (2 sudu besar nescafe dan 350 ml air panas)
300 ml whipping cream
50 g gula kastor
3 x 250gm (paket) mascarpon/philadelphia/any cheese

CARA-CARA :

1. Pukul whipping cream dan gula sampai gebu, kemudian masukkan cheese. Ketepikan.
2. Potong kek kepada 3 bahagian, pada lapisan pertama renjiskan bancuhan nescafe/kopi hingga kek agak lembab.
3. Ratakan filling dan dust kan dgn serbuk koko.
4. Letak lapisan kedua dan ulang letak bancuhan kopi, filling dan dusting.
5. Pada lapisan terakhir pun sama. Sapukan fiiling ke seluruh bahgian kek dan taburkan dengan coklat masakan y siap diparut, simpn dlm peti 3/4 jam.
6. Sedia untuk di makan.


resepi yang ni pun senang jugak tapi kena

TIRAMISU

akhirnyaaaa.....dapat jugak saya cari resipi tiramisu ni. Lepas sakit otak duk cari resipi kat internet, akhirnya ketemu jua. Resipi tiramisu ni memang pada saya simple je coz resipi lain yang saya cari kat internet tu nampak susah sangat, ingredient pun banyak sampai pening saya dibuatnya. Kawan saya ada cakap kat saya kalau saya boleh wat tiramisu ni saya memang terror. So, dia suruhla saya try buat and namakan fairymisu..hehe..by the way, ill try to make it happen..

BAHAN KEK SPAN COKLAT:
*optional..kalau tak nak buat beli je kat kedai. Nak perasa apa it depend on you:)

5 biji telur gred A
3/4 cawan gula
1 sudu kecil vanila
1/2 cawan dan 2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar serbuk koko

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sapu mentega pada dulang pembakar.
2. Dengan menggunakan mesin pengisar, pukul telur, gula dan vanila selama 10 minit.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko beberapa kali.
4. Masuk campuran tepung ini ke dalam adunan telur secara perlahan-lahan.
5. Tuangkan adunan di atas ke dalam dulang yang telah disediakan. Bakar selama 35 hingga 40 minit. Sejukkan.

BAHAN SIRAP:

2 cawan air
1/2 cawan gula

CARA MENYEDIAKAN:

Di dalam mangkuk satukan air dan gula, biarkan sehingga larut.

BAHAN SAPUAN:

1 cawan kopi espresso

BAHAN KRIM MASCARPONE:

8 biji telur merah gred A
1 cawan gula kastor
450 gm keju mascarpone dilembutkan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul kuning telur lebih kurang dua minit dengan mesin pengadun.
2. Masukkan gula perlahan-lahan. Pukul lagi sehingga gebu dan sebati.
3. Masukkan krim Marcarpone yang telah dilembutkan tadi ke dalam mesin pengadun.
4. Pukul sebentar. Sejukkan sehingga siap untuk digunakan.

CARA MENYUSUN TIRAMISU:

1. Potong kek span kepada tiga lapis.
2. Bahagikan krim Mascarpone, sirap dan kopi espresso kepada dua bahagian.
3. Letakkan lapisan kek span yang pertama ke dalam bekas dan letakkan di tempat yang agak tinggi sedikit bagi memudahkan kerja menghias.
4. Sapukan sirap dan sedikit kopi espresso dengan menggunakan berus.
5. Sapukan setengah krim mascarpone di atasnya.
6. Lapiskan semula dengan satu lapis kek span lagi. Ulang hingga selesai. Sejukkan.
7. Hiaskan tiramisu di atas de­ngan serbuk koko.

CHOCOLATE CAKE FUDGE


BAHAN-BAHAN :

250 gm mentega
2 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cair
1 cawan air masak
1 cawan susu cair
2 sudu besar cuka
3 cawan tepung naik sendiri

CARA MENYEDIAKAN :

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan susu cair, air masak, cuka, koko dan coklat cair. Akhir sekali, masukkan tepung.
4. Bakar selama satu setengah jam pada suhu 160 0C. Biar sejuk dan hias dengan coklat fudge.

BAHAN COKLAT FUDGE:

1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan serbuk koko
4 biji telur merah
4 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor
250 gm mentega
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil vanila

**masak semua bahan di atas menggunakan api sederhana sehingga pekat. Sejukkan dulu barulah dihias di atas kek tadi.

komen saya...peliklah resepi kek ni, guna cuka??Untuk apa guna cuka tu. Tak pernah2 pun saya baca orang buat kek guna cuka. Pelik-pelik. Resipi ni saya dapat dari Saji Online. Selamat mencuba..

Saturday, February 21, 2009

KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN :

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 cawan susu segar perisa coklat
1/3 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA :
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

BROWNIES again..but FULL OF CHOC


BAHAN-BAHAN :

250gm buttercup
400gm coklat masakan
6 biji telur
2 cawan gula perang
2 penutup esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut
suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.


CARA-CARA :


  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas.
  5. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  6. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  7. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies. p>

TOPPING :

1/2 cawan koko van hauten

1/2 cawan susu pekat

1 sudu besar minyak masak

..kacau semuanya sehingga sebati. Dah siap, tuang atas brownies yang dah dipotong tadi

CHOCO MOUSSE BROWNIES

BROWNIES :
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
CHOCOLATE MOUSSE :
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus


CARA-CARA :

Penyediaan Brownies..
  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Penyediaan mousse..

  1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air.
  3. Kemudian panaskan sehingga coklat cair). Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi.
  4. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk.
  5. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  6. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  7. Masukkan no.2 dan no.6 ke dalam no.5. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  8. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Wednesday, February 18, 2009

KEK KUKUS ASAM MANIS

BAHAN-BAHAN :
330gm marjerin/mentega

2 Gelas /400gm gula

6 Biji telur - gred A (telur gred C kena gunakan 7 biji)

2 3/4 gelas /320g tepung gandum

1 bungkus/90gm asam manis (hawflakes)

1 sudu esen vanilla/perisa pisang

pewarna (suka hati)

CARA-CARA :

Panaskan air dalam pengukus.

Di dalam mixing bowl atau bekas agak besar,masukkan marjerin dan gula. Pukul adunan dengan mixer sehingga gula dan marjerin sebati.

Masukkan telur satu-persatu (sambil terus memukul adunan pada kelajuan tinggi) sehingga habis. Kemudian masukkan esen vanilla/perisa pisang

Setelah itu,ayakkan tepung terus ke dalam adunan dan pukul sebati. Warnakan adunan dengan pewarna. Gaul adunan menggunakan senduk sehingga betul2 sebati. Kena guna senduk sbb telur dan marjerin kdg2 masih ada yg 'duduk' bawah bekas. Jika ni terjadi kek anda akan nampak berminyak sikit sebab adunan x berapa sebati

Buka bungkusan asam manis dan simpan dlm mangkuk. Ramaskan dgn sedikit tepung gandum supaya ia tdk melekat satu sama lain dan supaya tidak mendap ketika dikukus. Jika mahu, patahkan kecil2

Masukkan asam manis tadi ke dalam adunan dan gaul sebati. Sediakan loyang yang sudah disapu marjerin dan ditabur rata dengan tepung untuk elak melekat.

Masukkan adunan terus ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil (x perlu tutup ketat, sekadar menutupi bahagian atas loyang). Boleh juga guna tuala utk mengalas penutup pengukus.

Pastikan kukusan sudah mendidih. Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau lebih(sehingga msk), bgantung kepada saiz pengukus.



Hmm..sangat senang and tak perlu kos yang besar untuk buat kek ni. Tapi saya nak tanya satu soalan, anda tahu tak howflakes tu macam mana?? kalau tak tahu, howflakes tu macam gamba kat bawah tu. Sekarang ni ramai orang tak tahu dan tak kenal sebab jarang ada jual kat kedai. Saya ingat lagi time kecik2 dulu, kalau pergi kedai mesti beli gula2 ni. Rasa dia memang sedap. Budak2 zaman sekarang ni mana nak makan gula2 macam ni, taste dorang coklat cadbury, fewewo woche. By the way, selamat mencuba:)