Tuesday, February 24, 2009

TIRAMISU..again

BAHAN-BAHAN :

Sponge kek

4 biji telur
115 g gula kastor
100 g tepung gandum
15 g tepung jagung
25 g butter di cairkan

CARA-CARA :

1. Pukul telur dan gula smpai kembang sehingga bila diangkat whisk, adunan tak jatuh
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak berselang dengan butter yang telah di cairkan.
3. Bakar selama 20-25 mnit pada suhu 180 C
@
beli je sponge cake kat kedai..

Cream filling

Serbuk koko secukupnya ( dlm 2 sudu besar)
Coklat masakan yang diparut secukupnya untuk hiasan
350 ml bancuhan nescafe (2 sudu besar nescafe dan 350 ml air panas)
300 ml whipping cream
50 g gula kastor
3 x 250gm (paket) mascarpon/philadelphia/any cheese

CARA-CARA :

1. Pukul whipping cream dan gula sampai gebu, kemudian masukkan cheese. Ketepikan.
2. Potong kek kepada 3 bahagian, pada lapisan pertama renjiskan bancuhan nescafe/kopi hingga kek agak lembab.
3. Ratakan filling dan dust kan dgn serbuk koko.
4. Letak lapisan kedua dan ulang letak bancuhan kopi, filling dan dusting.
5. Pada lapisan terakhir pun sama. Sapukan fiiling ke seluruh bahgian kek dan taburkan dengan coklat masakan y siap diparut, simpn dlm peti 3/4 jam.
6. Sedia untuk di makan.


resepi yang ni pun senang jugak tapi kena

TIRAMISU

akhirnyaaaa.....dapat jugak saya cari resipi tiramisu ni. Lepas sakit otak duk cari resipi kat internet, akhirnya ketemu jua. Resipi tiramisu ni memang pada saya simple je coz resipi lain yang saya cari kat internet tu nampak susah sangat, ingredient pun banyak sampai pening saya dibuatnya. Kawan saya ada cakap kat saya kalau saya boleh wat tiramisu ni saya memang terror. So, dia suruhla saya try buat and namakan fairymisu..hehe..by the way, ill try to make it happen..

BAHAN KEK SPAN COKLAT:
*optional..kalau tak nak buat beli je kat kedai. Nak perasa apa it depend on you:)

5 biji telur gred A
3/4 cawan gula
1 sudu kecil vanila
1/2 cawan dan 2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar serbuk koko

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sapu mentega pada dulang pembakar.
2. Dengan menggunakan mesin pengisar, pukul telur, gula dan vanila selama 10 minit.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko beberapa kali.
4. Masuk campuran tepung ini ke dalam adunan telur secara perlahan-lahan.
5. Tuangkan adunan di atas ke dalam dulang yang telah disediakan. Bakar selama 35 hingga 40 minit. Sejukkan.

BAHAN SIRAP:

2 cawan air
1/2 cawan gula

CARA MENYEDIAKAN:

Di dalam mangkuk satukan air dan gula, biarkan sehingga larut.

BAHAN SAPUAN:

1 cawan kopi espresso

BAHAN KRIM MASCARPONE:

8 biji telur merah gred A
1 cawan gula kastor
450 gm keju mascarpone dilembutkan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul kuning telur lebih kurang dua minit dengan mesin pengadun.
2. Masukkan gula perlahan-lahan. Pukul lagi sehingga gebu dan sebati.
3. Masukkan krim Marcarpone yang telah dilembutkan tadi ke dalam mesin pengadun.
4. Pukul sebentar. Sejukkan sehingga siap untuk digunakan.

CARA MENYUSUN TIRAMISU:

1. Potong kek span kepada tiga lapis.
2. Bahagikan krim Mascarpone, sirap dan kopi espresso kepada dua bahagian.
3. Letakkan lapisan kek span yang pertama ke dalam bekas dan letakkan di tempat yang agak tinggi sedikit bagi memudahkan kerja menghias.
4. Sapukan sirap dan sedikit kopi espresso dengan menggunakan berus.
5. Sapukan setengah krim mascarpone di atasnya.
6. Lapiskan semula dengan satu lapis kek span lagi. Ulang hingga selesai. Sejukkan.
7. Hiaskan tiramisu di atas de­ngan serbuk koko.

CHOCOLATE CAKE FUDGE


BAHAN-BAHAN :

250 gm mentega
2 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cair
1 cawan air masak
1 cawan susu cair
2 sudu besar cuka
3 cawan tepung naik sendiri

CARA MENYEDIAKAN :

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan susu cair, air masak, cuka, koko dan coklat cair. Akhir sekali, masukkan tepung.
4. Bakar selama satu setengah jam pada suhu 160 0C. Biar sejuk dan hias dengan coklat fudge.

BAHAN COKLAT FUDGE:

1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan serbuk koko
4 biji telur merah
4 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor
250 gm mentega
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil vanila

**masak semua bahan di atas menggunakan api sederhana sehingga pekat. Sejukkan dulu barulah dihias di atas kek tadi.

komen saya...peliklah resepi kek ni, guna cuka??Untuk apa guna cuka tu. Tak pernah2 pun saya baca orang buat kek guna cuka. Pelik-pelik. Resipi ni saya dapat dari Saji Online. Selamat mencuba..

Saturday, February 21, 2009

KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN :

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 cawan susu segar perisa coklat
1/3 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA :
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

BROWNIES again..but FULL OF CHOC


BAHAN-BAHAN :

250gm buttercup
400gm coklat masakan
6 biji telur
2 cawan gula perang
2 penutup esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut
suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.


CARA-CARA :


  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas.
  5. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  6. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  7. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies. p>

TOPPING :

1/2 cawan koko van hauten

1/2 cawan susu pekat

1 sudu besar minyak masak

..kacau semuanya sehingga sebati. Dah siap, tuang atas brownies yang dah dipotong tadi

CHOCO MOUSSE BROWNIES

BROWNIES :
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
CHOCOLATE MOUSSE :
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus


CARA-CARA :

Penyediaan Brownies..
  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Penyediaan mousse..

  1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air.
  3. Kemudian panaskan sehingga coklat cair). Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi.
  4. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk.
  5. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  6. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  7. Masukkan no.2 dan no.6 ke dalam no.5. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  8. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Wednesday, February 18, 2009

KEK KUKUS ASAM MANIS

BAHAN-BAHAN :
330gm marjerin/mentega

2 Gelas /400gm gula

6 Biji telur - gred A (telur gred C kena gunakan 7 biji)

2 3/4 gelas /320g tepung gandum

1 bungkus/90gm asam manis (hawflakes)

1 sudu esen vanilla/perisa pisang

pewarna (suka hati)

CARA-CARA :

Panaskan air dalam pengukus.

Di dalam mixing bowl atau bekas agak besar,masukkan marjerin dan gula. Pukul adunan dengan mixer sehingga gula dan marjerin sebati.

Masukkan telur satu-persatu (sambil terus memukul adunan pada kelajuan tinggi) sehingga habis. Kemudian masukkan esen vanilla/perisa pisang

Setelah itu,ayakkan tepung terus ke dalam adunan dan pukul sebati. Warnakan adunan dengan pewarna. Gaul adunan menggunakan senduk sehingga betul2 sebati. Kena guna senduk sbb telur dan marjerin kdg2 masih ada yg 'duduk' bawah bekas. Jika ni terjadi kek anda akan nampak berminyak sikit sebab adunan x berapa sebati

Buka bungkusan asam manis dan simpan dlm mangkuk. Ramaskan dgn sedikit tepung gandum supaya ia tdk melekat satu sama lain dan supaya tidak mendap ketika dikukus. Jika mahu, patahkan kecil2

Masukkan asam manis tadi ke dalam adunan dan gaul sebati. Sediakan loyang yang sudah disapu marjerin dan ditabur rata dengan tepung untuk elak melekat.

Masukkan adunan terus ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil (x perlu tutup ketat, sekadar menutupi bahagian atas loyang). Boleh juga guna tuala utk mengalas penutup pengukus.

Pastikan kukusan sudah mendidih. Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau lebih(sehingga msk), bgantung kepada saiz pengukus.



Hmm..sangat senang and tak perlu kos yang besar untuk buat kek ni. Tapi saya nak tanya satu soalan, anda tahu tak howflakes tu macam mana?? kalau tak tahu, howflakes tu macam gamba kat bawah tu. Sekarang ni ramai orang tak tahu dan tak kenal sebab jarang ada jual kat kedai. Saya ingat lagi time kecik2 dulu, kalau pergi kedai mesti beli gula2 ni. Rasa dia memang sedap. Budak2 zaman sekarang ni mana nak makan gula2 macam ni, taste dorang coklat cadbury, fewewo woche. By the way, selamat mencuba:)


Tuesday, February 17, 2009

PUDING TRIFLE

BAHAN-BAHAN :

swiss roll (usually saya guna perasa coklat, pandan n strawberi but it depend on you) - potong bulat

1 tin besar cocktail - asingkan buah (dipotong lagi kecil2) dan airnya

1 tin air

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji kuning telur

7-8 sudu besar tepung kastard

gula

1 tin susu cair

serbuk jeli perisa strawberi (cth: brand ladies choice, nona, konnyaku..etc)

CARA-CARA :

  1. Susun roll cake yang telah dipotong ke dalam bekas. Pastikan tiada langsung ruang-ruang kosong.
  2. Siramkan dengan air cocktail yang telah diasingkan tadi ke atas kek. Pastikan semua kek disiram.
  3. **Masukkan susu cair, air, kastard, gula (ikut suka hati but for me, i use 10 tsb), esen vanilla dan kuning telur ke dalam periuk. Masak guna api sederhana sehingga semua bahan ni jadi seperti adunan kek, tak terlalu cair and tak terlalu kering. Kacau sentiasa untuk elak jadi berketul.
  4. Bila kastard dah masak, curahkan ke atas kek tadi. Tabur cocktail yang telah dipotong kecil2 tadi cepat2. Tekan-tekan sikit buah tu untuk bagi lekat kat kastard.
  5. ***Di dalam periuk yang lain pula, masak jeli (cara nak masak tengok instruction kat belakang paket jeli). Masak sehingga jeli hancur.
  6. Bila jeli dah masak, tuang ke atas buah tadi. Simpan dalam fridge.
  7. Untuk hiasan boleh guna whipped cream and tabur chocolate rice atas cream tadi.
  8. The result will look like this :

lapisan 1 - swiss roll

lapisan 2 - kastard

lapisan 3 - buah

lapisan 4 - jeli

ATAU

buah boleh digantikan dengan biskut oreo.
Caranya dengan hancurkan (kasar-kasar) biskut tadi dan tabur atas jeli and akan jadi macam ni pulak :

lapisan 1 : swiss roll
lapisan 2 : kastard
lapisan 3 : jeli (untuk yang ni guna jeli perisa laici, baru match ngan bisktu tu)
lapisan 4 : biskut oreo

TIPS >>>** dan *** : untuk elak berketul, campurkan bahan dalam bekas dulu baru panaskan.


Resepi ni saya selalu buat especially time raya, birthday and bbq. Sesuai jugak kalau nak jadikan hantaran kahwin. Pada sapa2 yang tak nak guna tupperware boleh letak puding ni dalam goblet (gelas bertangkai) ke, mangkuk ke. For those yang ada microwave pulak boleh masak kek sendiri dalam bekas kaca transparent (like chiffon cake, sponge cake..etc) but make sure bekas tu tahan panas ok!! Lepas tu ikut je step no.2 and seterusnya. Jimat duit sikit coz x payah beli swiss roll. Gamba yang kat atas tu pulak actually saya copy pic trifle puding from oversea, tapi puding tu lebih kurang macam tula.. So, selamat mencuba:)

OREO CHEESECAKE



BAHAN-BAHAN :

>>TAPAK (BASE)

Biskut oreo (nak banyak mana ikut suka)

Satu cawan marjerin - dicairkan
@
swiss roll

>>KEK

2 ketul cream cheese 250gram

1 tin susu pekat manis

2 biji telur

1 sudu tepung gandum

CARA-CARA

(TAPAK/BASE)
  1. Biskut oreo dihancurkan
  2. Satu cawan majerin yang dicairkan.. gaul sebati dan tekan kat dasar loyang as tapak atau potong swiss roll dan susun dalam loyang.

KEK :

  1. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik..kemudian pukul (boleh guna mixer or blender)

  2. Masukkan susu..dan pukul lagi.

  3. Bila dah sebati..masukkan telur sikit2.

  4. Masukkan tepung.

  5. Kalau suka..boleh masukkan coklat cip @ coklat rice. Kacau sebati.

  6. Tuangkan dalam loyang berisi biskut@kek tadi..untuk hiasan boleh taburkan kepingan badam atau swirl kan coklat cair kat atas..

  7. Sedia utk di bakar...lebih kurang 45 minit. Cucuklaa dengan cake tester or lidi utk pastikan dah masak (kalau tak melekat kat lidi tu masak dahla)

Bila kek dah masak, rupanya akan jadi macam gambar kat atas tu tapi kalau kreatif boleh buat macam gamba kat bawah ni. Hasil yang akan anda dapat lepas buat kek ni mesti berbaloi..sapa2 yang makan mesti sampai menjilat-jilat pinggan atau sudu. Sedap yang tak terhingga. Walaupun agak expensive to make it (cheese mahal sikit),at least kita puas hati.


nak buat dalam bentuk cupcake pun boleh gak. Macam gambar kat bawah ni. Menarikkan:)


CHEWY YUMMY BROWNIES


amacam..terasa meleleh air liur tak tengok brownie ni..haha..eventhough saya tak pernah try buat brownie but bila tengok rasa-rasanya mesti tsangat sedapkan. Lagi-lagi coklat..alahai..my favourite tu. Makan sorang2 ni mesti best and lagi satu, saya rasa ingredient dia x complicated sangat dari resepi lain yang saya pernah tengok kat buku masakan. Pada saya resepi ni simple and easy to make it.. So, let try it..yummy!!

BAHAN-BAHAN :
A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2
B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (1 sudu makan)
C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko

CARA-CARA :
  1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan pembakar.
  2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
  3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
  4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.
  6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.
  7. Setelah masak, sejukkan brownie tu dan keluarkan dari acuan. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman.
  8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.
CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin/mentega
1/2 cawan fresh cream/whipping cream
CARA-CARA :
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas brownie dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

Monday, February 16, 2009

CARROT CHEESECAKE




BAHAN-BAHAN :

>> Kek

1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)

4 biji telur

120 gm gula castor

120 gm gula perang

100 gm walnut cincang (any nuts pun boleh)

1 cawan kismis kuning (boleh ganti dengan nenas kiub, prune, any sour lah)

1 1/2 cawan carrot yang disagat

250 gm tepung** (highly recommended - high protein flour)

1 sudu kecil baking soda**

1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis**

1/4 sudu kecil garam

>>Topping

250 gm cream cheese

100 gm butter

100 gm gula icing

sedikit perahan lemon - ikut suka

CARA-CARA :
  1. Pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
  2. Masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
  3. Masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula (sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan.
  4. Masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
  5. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
  6. Check kek guna garfu untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.

Penyediaan Topping :

  1. Masukkan semua bhn dlm blender/mixer.
  2. Bila kek dah sejuk, keluarkan dan sapu topping atas.
  3. Sejukkan dalam fridge baru potong untuk dihidangkan.

MAKARONI BAKAR

BAHAN-BAHAN :
Bahan A

100g daging ayam - dicincang

1 bijibawang besar (potong dadu)

3 biji bawang putih (cincang halus)

3 biji cili padi @ 3biji cili merah (dicincang halus)

2 sudu besar serbuk kari daging

1 1/2 cawan makaroni

100gm cheese (cheddar/mozarella/mix chees diparut)

garam secukup rasa

Bawang goreng (untuk ditabur)

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan B (untuk kastard)

3 biji telur gred A

3 sudu besar tepung gandum

1 cawan susu

CARA-CARA :

Rebus makaroni hingga agak2 lembut. Angkat dah tos.
  1. Sambil2 tunggu makaroni masak, panaskan sedikit minyak (jgn banyak sangat minyak)
  2. Tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..Goreng sampai naik minyak.
  3. Tambahkan air dalam 2 sudu kalau kering.

Masukkan ayam dan gaul sampai masak.

Masukkan cili merah/cili padi dan tambah garam secukup rasa.

Masukkan makaroni dan gaul2 bagi rata...

Tuangkan campuran tadi ke dalam casserole kemudian taburkan cheese yg dah diparut atas permukaan rata2.

Lepas dah siap part makaroni .. buat kastad pula. Bancuh tepung gandum dengan susu hingga rata kemudian masukkan telur dan kacau rata.

Tapis adunan kastard terus ke dalam adunan makaroni tadi. Tabur bawang goreng.

Bakar pada suhu 180'C dan bakar sehingga golden brown atau dah masak.

SELAMAT MENCUBA:)

APPLE PIE vs malay version

BAHAN-BAHAN :

INTI :
7 biji epal hijau ~ kopek kulit, buang biji & didadu kecil2
3 sudu besar kismis
7 ~ 8 sudu besar gula pasir (nak manis tambah lagi)
½ ~ 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air

DOH :
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega sejuk
½ cawan shortening
air secukupnya utk menguli

minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI :
  1. Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan kesemua bahan2 inti lalu dimasak sehingga kering & secukup rasa.

  2. Ketepikan hingga inti sejuk.

CARA-CARA MENYEDIAKAN DOH :

  1. Masukkan tepung, mentega dan shortening dalam satu mangkuk besar lalu digaul dan diramas sehingga menjadi seperti tepung.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
  3. Ambil sedikit doh dan canai nipis.
  4. Letakkan sikit inti diatas doh yang dicanai tadi.
  5. Lepas tu kelim macam orang buat karipap (kalau tak reti, guna je acuan karipap) @
  6. Sapukan sikit air (guna jari) di sekeliling pastri yg dicanai dan dibentuk menjadi empat segi, tutup inti. Tekan2 sekeliling. Kemudian tekan sekali lagi dengan menggunakan garfu. (yang ni bentuk dia jadi macam apple pie kat McD, bentuk empat segi memanjang)
  7. Bila siap semuanya, barulah digoreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas sehingga garing.

KEK BATIK


BAHAN-BAHAN :

Buttercup (250gm)
1 tin susu pekat
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 paket biskut marie

CARA-CARA :
  1. Sapu bekas dengan mentega (saya syorkan guna tupperware coz senang sikit nak simpan)
  2. Patah-patahkan biskut marie
  3. Campurkan milo, serbuk koko dan susu pekat dalam satu bekas. Gaul sebati.
  4. Cairkan mentega dalam periuk/kuali
  5. Tuang (3) ke dalam kuali
  6. Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga hampir kering
  7. Masukkan biskut marie. Kacau rata.
  8. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
  9. Kalau suka, boleh tabur kacang kat atas.
  10. Tekan/mampatkan biskut.
  11. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam

Tuesday, February 10, 2009

HAVUCLU CAKE (CARROT CAKE)


BAHAN-BAHAN :

3 biji telur

1 1/2 gula

1 cawan minyak/7 sudu besar marjerin @ mentega

1 cawan carrot (disagat)

1 cawan kacang pecan/walnut/hazelnut/any nut -dihancurkan

2 cawan tepung

2 sudu kecil serbuk kayu manis (kalau nak jimat duit, amik je yang ada kat dapur tu then tumbuk sampai jadi serbuk)

1 sudu besar parutan oren/lemon

1 sudu kecil baking powder

**kalau guna tepung kek macam blue key,tak guna baking powder pun takpe coz dalam tepung tu dah dicampur baking powder.

CARA-CARA :

1. Putar telur dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan minyak/mentega/marjerin tadi. Putar lagi selama seminit.

3. Kemudian, masukkan parutan carrot, parutan lemon/oren dan jugak kekacang tadi. Putar sekejap.

4. Masukkan pula tepung, baking powder dan serbuk kayu manis dan putar lagi selama 2-3 minit.

5. Sapu loyang pembakar guna marjerin/mentega. Kalau tak nak bagi kek melekat pada bekas tabur tepung. Ketuk-ketuk bekas tu biar lebihan tepung tu keluar.

6. Bakar kek pada suhu 180'C selama 40-50 minit atau sehingga masak. Nak tahu masak ke tak lagi, cucuk kek guna garfu/lidi. Kalau melekat tak masak lagila tu

ENJOY YOUR COOKING TIME:)

BY: onex bakery:)

MOSAIC CAKE/MOZAIK PASTA


BAHAN-BAHAN :

Satu bungkus biskut marie (perasa asli) -patahkan kecil-kecil and dibiarkan lemau selama sejam

10 sudu besar gula perang/gula putih

7-8 marjerin/mentega dicairkan

1/2 cawan susu

1/2 cawan hazelnut/walnut/any nuts, dihancurkan

1/2 kismis

1 sudu kecil esen vanilla

3-4 sudu serbuk koko

1 biji telur, dipukul

kelapa kering untuk hiasan

CARA-CARA :

1. Dalam satu mangkuk, campur semua bahan kecuali biskut. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan biskut, gaul rata-rata.

3. Dalam loyang/cake pan atau any bekas pun letakkan plastik wrap atau aluminium foil. Buat mengikut bentuk bekas (untuk senang wat keluar adunan bila nak potong).

4. Tuang adunan dalam bekas tadi. Tekan biar padat.

5. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 2 jam. Boleh dimakan dengan kelapa kering, whipped cream or aiskrim.

SELAMAT MENCUBA:)

**jangan letak mosaic kek kat luar coz nanti cepat basi..INGAT!!

by: onex bakery

PATATESLI CAKE/POTATO CAKE


BAHAN-BAHAN :

2 biji telur

1 cawan yogurt

8 sudu besar marjerin/butter yang dicairkan

2 cawan tepung gandum

1/3 daun parsli, dihiris halus

1 sudu kecil garam

1/2 baking powder

1/2 sudu kecil lada hitam

1/3 sudu besar serbuk paprika

bijan (untuk hiasan)

CARA-CARA :

1. Gaulkan kentang dengan daun parsli. Ketepikan.

2. Pukul telur menggunakan mixer selama 3-4 minit.

3. Then masukkan yogurt, butter/marjerin, garam, serbuk paprika, dan lada hitam.

4. Campurkan baking powder dan tepung, masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.

5. Masukkan kentang, gaul sebati.

6. Sapu loyang pembakar dengan merjerin dan tuang adunan ke dalam loyang. Tabur bijan diatas adunan.

7. Bakar sehingga menjadi 'golden brown' selama 40-50 minit pada suhu 180'C.


>>>boleh dimakan semasa breakfast atau semasa minum petang:)

by: onex bakery

Monday, February 9, 2009

AIS-KRIM GORENG



BAHAN-BAHAN :

1 bungkus roti (x kisah besar atau kecil)

Serbuk roti

Aiskrim (suka hatila nak perasa apa)

4 biji telur (dipukul)

Sedikit air/susu

Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA-CARA :

1. Mula-mula, basahkan roti sikit dengan air/susu. Lepas tu masukkan ais-krim tapi jangan banyak sangat coz takut time goreng nanti terbuka. Agak-agak masukkan sebesar bola golf.

2. Tutup roti menggunakan air/susu tadi. Buat biar jadi bulat. Kalau kreatif lagi buatlah sesuka hati anda. Nak guna bekas karipap ke..

3. Lepas dah siap bentuk, golekkan dalam telur yang telah dipukul.

4. Dah siap celup telur, salutkan roti dengan serbuk roti pulak.

5. Panaskan minyak guna api sederhana.

6. Goreng roti tadi sehingga kekuningan dengan api yang sederhana jugak.


>>> enak makan panas-panas dengan air teh..
>>> kat dalam roti tu pun boleh kalau nak letak buah macam strawberi, anggur..kacang pun boleh..chocolate chips boleh..

by: onex bakery:)

PUDING ROTI BAKAR



BAHAN-BAHAN :

Roti sandwich besar (potong tepi dan asingkan)

Buttercup (1) - cairkan

Telur 4 biji

Susu segar 900ml (e.g: everyday, marigold, kalau malas beli curi je sikit susu tepung baby pun boleh, etc..susu cair pun boleh tapi kena cukupkan 900ml la..)

Satu sudu kecil esen vanilla

Gula satu cawan

Kismis/badam/buahan kering

CARA-CARA :

1. Panaskan oven sehingga 180'C

2. **Satukan susu, telur, gula dan esen dalam satu bekas. Kacau sampai sebati atau
sampai gula hancur.

3. Sapu loyang pembakar dengan marjerin (sebaiknya guna loyang berpetak)

4. Susun roti yang dah dipotong tepi tadi sehingga tidak kelihatan ruang kosong.

5. Sebelum tuang adunan ** ke atas roti, kacau dulu sebab marjerin bila sejuk akan jadi berketul. Lepas tu barulah dituang ke atas roti tadi. Tuang biar semua roti kena.

6. Tabur kismis/badam/buahan kering ke atas roti tadi

7. Ulang langkah 4, 5 dan 6 sehingga habis.

8. Untuk hiasan, bahagian tepi roti yang dipotong tadi bolehlah dihias kat atas sekali. Susun ikut kreativiti anda. Kalau saya, saya susun macam corak tikar..lima melintang, lima menegak and seterusnya.
by: onex bakery:)