Wednesday, February 18, 2009

KEK KUKUS ASAM MANIS

BAHAN-BAHAN :
330gm marjerin/mentega

2 Gelas /400gm gula

6 Biji telur - gred A (telur gred C kena gunakan 7 biji)

2 3/4 gelas /320g tepung gandum

1 bungkus/90gm asam manis (hawflakes)

1 sudu esen vanilla/perisa pisang

pewarna (suka hati)

CARA-CARA :

Panaskan air dalam pengukus.

Di dalam mixing bowl atau bekas agak besar,masukkan marjerin dan gula. Pukul adunan dengan mixer sehingga gula dan marjerin sebati.

Masukkan telur satu-persatu (sambil terus memukul adunan pada kelajuan tinggi) sehingga habis. Kemudian masukkan esen vanilla/perisa pisang

Setelah itu,ayakkan tepung terus ke dalam adunan dan pukul sebati. Warnakan adunan dengan pewarna. Gaul adunan menggunakan senduk sehingga betul2 sebati. Kena guna senduk sbb telur dan marjerin kdg2 masih ada yg 'duduk' bawah bekas. Jika ni terjadi kek anda akan nampak berminyak sikit sebab adunan x berapa sebati

Buka bungkusan asam manis dan simpan dlm mangkuk. Ramaskan dgn sedikit tepung gandum supaya ia tdk melekat satu sama lain dan supaya tidak mendap ketika dikukus. Jika mahu, patahkan kecil2

Masukkan asam manis tadi ke dalam adunan dan gaul sebati. Sediakan loyang yang sudah disapu marjerin dan ditabur rata dengan tepung untuk elak melekat.

Masukkan adunan terus ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil (x perlu tutup ketat, sekadar menutupi bahagian atas loyang). Boleh juga guna tuala utk mengalas penutup pengukus.

Pastikan kukusan sudah mendidih. Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau lebih(sehingga msk), bgantung kepada saiz pengukus.



Hmm..sangat senang and tak perlu kos yang besar untuk buat kek ni. Tapi saya nak tanya satu soalan, anda tahu tak howflakes tu macam mana?? kalau tak tahu, howflakes tu macam gamba kat bawah tu. Sekarang ni ramai orang tak tahu dan tak kenal sebab jarang ada jual kat kedai. Saya ingat lagi time kecik2 dulu, kalau pergi kedai mesti beli gula2 ni. Rasa dia memang sedap. Budak2 zaman sekarang ni mana nak makan gula2 macam ni, taste dorang coklat cadbury, fewewo woche. By the way, selamat mencuba:)


No comments:

Post a Comment