Monday, February 9, 2009

PUDING ROTI BAKAR



BAHAN-BAHAN :

Roti sandwich besar (potong tepi dan asingkan)

Buttercup (1) - cairkan

Telur 4 biji

Susu segar 900ml (e.g: everyday, marigold, kalau malas beli curi je sikit susu tepung baby pun boleh, etc..susu cair pun boleh tapi kena cukupkan 900ml la..)

Satu sudu kecil esen vanilla

Gula satu cawan

Kismis/badam/buahan kering

CARA-CARA :

1. Panaskan oven sehingga 180'C

2. **Satukan susu, telur, gula dan esen dalam satu bekas. Kacau sampai sebati atau
sampai gula hancur.

3. Sapu loyang pembakar dengan marjerin (sebaiknya guna loyang berpetak)

4. Susun roti yang dah dipotong tepi tadi sehingga tidak kelihatan ruang kosong.

5. Sebelum tuang adunan ** ke atas roti, kacau dulu sebab marjerin bila sejuk akan jadi berketul. Lepas tu barulah dituang ke atas roti tadi. Tuang biar semua roti kena.

6. Tabur kismis/badam/buahan kering ke atas roti tadi

7. Ulang langkah 4, 5 dan 6 sehingga habis.

8. Untuk hiasan, bahagian tepi roti yang dipotong tadi bolehlah dihias kat atas sekali. Susun ikut kreativiti anda. Kalau saya, saya susun macam corak tikar..lima melintang, lima menegak and seterusnya.
by: onex bakery:)

3 comments:

  1. u ajar x habis. adunan tu x dibakar ke?

    ReplyDelete
  2. bila masa nak masukkan majerin??

    ReplyDelete
  3. Ye la..., marjerin bila tuang..? Pastu, buttercup tu bp cawa

    ReplyDelete