BAHAN-BAHAN :
250gm buttercup
400gm coklat masakan
6 biji telur
2 cawan gula perang
2 penutup esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut
suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.
CARA-CARA :
- Panaskan oven 180 darjah.
- Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
- Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
- Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas.
- Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
- Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
- Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies. p>
TOPPING :
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
..kacau semuanya sehingga sebati. Dah siap, tuang atas brownies yang dah dipotong tadi
No comments:
Post a Comment